Isnin, 21 Disember 2009

+++ HITAM ITU MATI +++

Hitam...

Ramai orang mungkin tahu hitam itu mati. Tapi ada juga yang berfikiran hitam itu manis.
Tidak kira apa jua persepsi kalian tentang hitam, ia tetap mempunyai cerita bagiku.

Hitam seperti hantu; ya itu yang sesuai aku ungkapkan bagi mewakili beberapa individu yang sangat aku ingin jauhi. Tapi namanya pon hantu, sentiasa menghantui kita di mana saja mereka mahu. Temanku sampai menggelar mereka 'LANGSUIR'; kerana apa?? kerana mereka sering mengilai dan membuat kecoh di dalam rumah terutamanya pabila hari sudah malam.

Bondaku pernah berpesan, jangan selimuti diri kamu yang suci dengan noda2 hitam walau sebesar zarah sekalipun; kerana sebesar zarah lebih mudah bergerak & membiak untuk menghancurkan pandangan mata hati.

Arghh!! Aku tidak mahu diriku seperti hantu2 itu. Selamatkan diriku dari noda kebencian mu yang amat gelap ya Rabbi... Berikan aku kekuatan & hemah yang besar agar aku dapat menangkis segala ancaman & gangguan manusia 'hitam' ini.

Walau aku seorang diri menghadapi kemelut kehitaman di negeri orang, bekalan semangat dari insan2 yang menyayangiku sedikit sebanyak dapat mengubat kegusaran di hati. Bukan mudah untuk kita mencari arah hidup, ape tah lagi hidup yang mungkin panjang perlu kita lalui.

Biarkan mereka dengan kehidupan mereka; juga biarkan aku dengan kehidupan ku sendiri. Tiada persengketaan yang bakal tercipta kira kau adalah kau & aku hanya aku!!

Maaf kata andai coretan ini tidak memenuhi kefahaman kalian kerana tika coretan ini di madah, hati & fikiran tidak seiring. Hati mengkehendaki yang lain begitu juga fikiran yang mahukan perbezaan. Semua adalah HITAM~~~

Ahad, 20 Disember 2009

+++ IDAMAN +++

~ IDAMAN ~
Kekasihku, HERMAN BIN HANIPAH, amat memahami & sanggup membantuku dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar.



Kanda yang tak pernah kenal erti bosan melayan kerenah dinda, bertuah nya!


Mengambil kesempatan berehat selepas menyiapkan tugasan kuliah; KLCC.


Ceria bersama melepas rindu dendam antara kami; Telok Kemang, PD.